BOSS pernah jumpa sorang makcik ni, anak dia dapat tawaran sambung belajar gi Korea, tapi makcik ni tak nak bagi anak dia pergi belajar kat sana sebab takut anak dia jadi JAHAT.Yeler, Korea ni kan KPOP, artis pulak seksi-seksi, konsert sana sini, pastu bukan negara Islam pulak tu.Memang hancurler nanti kalau belajar kat sana, jadi KPOP ler lepas ni..
Mesti makcik ni bayangkan anak dier jadi camni kalau belajar kat Korea...
Sebenarnyer, satu benda jer BOSS nak cakap kat mak cik tu..
"Janganlah risau, makcik takde kat sana nak jaga anak makcik pun tak pe, ALLAH yang SEBAIK-BAIK PENJAGA ni ada nak jaga anak mak cik."
Realitinya, hampir semua kawan-kawan BOSS & student Malaysia yang belajar kat sana, jadi makin dekat dengan Islam lepas 5 tahun kat sana. Dari yang tak pakai tudung, jadi pakai tudung. Dari pakai baju ketat-ketat, dah jadi makin longgar.Dari tak kenal Islam jadi makin kenal Islam.
Ni gambar hari terakhir BOSS & kawan-kawan BOSS selama 5 tahun kat Korea.Walaupun kitorang sume ni bukannyer baik sangat tapi BOSS nampak dalam setiap kawan-kawan BOSS ni masing-masing berusaha untuk jadi lebih baik selama 5 tahun kat sana.
*BUDAK BATCH, terima kasih sangat-sangat jadi kawan yang SANGAT SANGAT BAIK..Huu..tiba-tiba rindu ngan "budak batch" ..:)
Dulu kalau kat sana, setiap minggu, ada jer program USRAH ngan kawan-kawan. Itulah kadang-kadang bila kita lupa kat Allah, untung sangat ada kawan-kawan yang cepat-cepat tarik kita, ingatkan kita balik. Walaupun jauh dari mak ayah, duduk pun kat negara KPOP, tapi Alhamduliilah sangat Allah jaga kitorang kat sana dengan hantar kawan-kawan yang baik untuk jaga kita.
Ni video yang junior BOSS kat Korea dulu buat pasal USRAH (bulatan gembira).BEST video ni, sampai Wardina pun share video ni kat FB dia dulu.Kecoh jugakler masa kat Korea dulu..hee..
*Hubedel, akak pinjam video korang yer letak dalam ni..:(
Kat sana, bila tengok orang Korea yang bersusah payah untuk masuk Islam, baru Boss nampak betapa mahalnya Islam.Sebab kita dah lahir-lahir jer Islam, kita ambil mudah jer dengan nikmat Allah yang paling besar ni, sedangkan orang lain bersusah payah untuk dapatkan Islam. Sebab bersusah payah tulah, Boss tengok orang Korea kat sana yang masuk Islam, kebanyakan lebih hebat dari kita yang memang Islam sejak lahir ni. Usaha diorang nak berdakwah & amalkan Islam tu lagi HEBAT berbanding dengan kita.MALU sangat rasa bila compare ngan diorang.
Ni gambar BOSS depan masjid kat SEOUL dengan 2 orang Korea yang datang masjid sebab nak kenal Islam..Diorang hebat cakap arab pulak tu..malu BOSS..tahu 1,2,3 jer dalam bahasa arab..huu..
No comments:
Post a Comment