1.JANGAN TERKEJUT dengan kekuatan makcik-makcik Korea (ajumma) berebut tempat duduk kat dalam train subway.
Makcik-makcik Korea atau dalam bahasa korea "ajumma" ni tiba-tiba akan jadi sangat kuat bila nak berebut tempat kat dalam train subway.Bila nampak jer, tempat kosong, dah tak tengok dah kiri-kanan, memang rempuh jer. HEBAT!!HEBAT!!! Orang laki kuat-kuat yang ada six pack macam pelakon korea dalam tv tu pon memang kalah ler ngan makcik-makcik kat sana, tak boleh nak lawan punyer bila kena rempuh ngan makcik-makcik Korea (ajumma) ni.Boss banyak kali tu kena rempuh, memang SAKITT..huuu..
"Dengan kuasa ajumma akan menghukummu!!!"(sila baca dengan gaya sailor moon)
KIM JONG KOOK dalam RUNNG MAN yang kuat tu pun kalah punyeler dengan kekuatan makcik-makcik korea ni...
2.JANGAN TERKEJUT bila tengah jalan-jalan jer, orang Korea depan kita tiba-tiba jer meludah.
Yang ni Boss memang tak faham.Kat Korea ni, majoriti orang lelaki kat sana memang sangat kuat meludah. Jalan sikit meludah. Kat korea ni, tempat diorang bersih jer, jarang nak jumpa sampah merata-rata, tapi yang tak bestnyer, tepi-tepi jalan jadi kotor pulak dengan ludah orang.
Tak tauler kenapa laki korea ni suka sangat meludah, banyak sangat kot air diorang minum, tu yang sampai tak muat nak isi dalam perut, jadi penyelesaiaanya ludah jer kot..hee..
Kat atas jalan kat Korea memang banyak lah kesan ludah camni..huu...
3.JANGAN TERKEJUT masa musim sejuk yang teramat-amat sejuk,ada perempuan Korea pakai skirt pendek.
Ni memang WOWW!! Kalau musim sejuk kat Korea, pada Boss memang SEJUK SANGAT-SANGAT.Suhu kadang-kadang boleh bawah -20C..Kalau ada angin sume, lagiler beku. Orang punyerler pakai tebal-tebal.Tapi ada jer perempuan korea nak-nak yang suka melawa, bahagian atas punyerler berlapis-lapis baju & mafla, tapi kat bawah boleh pulak pakai skirt pendek dengan legging jer.SEJUKKKK tu!!!!Kitorang pakai jugak legging kat dalam, pastu kat luar tu pakai lagi seluar jean tebal-tebal.tu pun sejuk lagi.Tapi ada yang cakap diorang pakai skirt masa musim sejuk ni untuk kecikkan kaki. Tapi Boss pun tak tauler kebenarannya.
Beku pun bekuler, yang penting cantik..:)
4.JANGAN TERKEJUT & sedih bila tengah jalan kaki sedap-sedap, orang Korea langgar & buat tak tahu jer.(*bukan langgar guna kereta tau,maksud Boss, masing-masing tengah jalan kaki)
Pada Boss, orang Korea ni memang kasar sikit.Pastu diorang ni memang nak CEPAT jer.Bila tengah ramai-ramai orang, diorang akan langgar je kita & terus jer jalan melolong tak minta maaf.Awal-awal sampai Korea memang tak boleh terima kenyataan sebab kalau kat Malaysia, masa jalan-jalan kat pasar ke,pastu terlanggar orang lain, mesti kita akan minta maaf.Sejuk sikit hati.Tapi yang tak bagusnyer, bila dah lama kat sana, Boss pun dah jadi macam orang sana, bila langgar jer diorang buat muka tak bersalah jer.TAK BAGUS...TAK BAGUSS...
Nak cepat ni!!! I tak ada masa nak minta maaf..:(
No comments:
Post a Comment