Ada apa dengan 11.11 (11 November) di KOREA?

Ada apa dengan 11.11 (11 November)???Kalau nak tau, kat Korea, setiap tahun masa tarikh 11.11 (11 November) orang Korea ni akan sambut PEPERO DAY. Kalau yang tak tau PEPERO tu apa, kat bawah ni BOSS tunjuk gambar PEPERO.

Nilah PEPERO...Kat EON Jusco pun BOSS perasan dah banyak dah jual benda ni sekarang.

 

Setiap tahun, bila tarikh 11.11 jer, mesti banyak sangat-sangat PEPERO yang akan dijual & memang TERLAJAK LARIS.Waktu hari tu, orang Korea ni akan bagi PEPERO kat kawan-kawan ke, pakwe ke, makwe ke  atau  kat sape sape yang diorang nak bagi.Kalau yang jenis HOT HOT tu, banyakler dapat PEPERO..huu...sedih BOSS sebab sepanjang 5 tahun BOSS belajar kat Korea dulu, sikit jer dapat  PEPERO.kesian..kesian...

Macamniler kedai-kedai kat Korea masa PEPERO DAY ni...PENUH SANGAT dengan PEPERO.Kalau hari-hari biasa takdenyer camni.

Yang buat PEPERO DAY ni sebenarnyer bukanler kerajaan Korea, tak cuti & tak masuk dalam kalendar Korea pun  PEPERO DAY ni.Company LOTTE yang buat PEPERO niler yang cipta PEPERO DAY.Tarikh 11.11 ni kan bentuk dia dah macam batang PEPERO, sebab tu kot diorang pilih tarikh ni.Hebat jugakler marketing diorang ni, memang setiap tahun orang Korea ni akan sambut PEPERO DAY secara besar-besaran.Jualan PEPERO  satu hari tu jer dah sama dengan jualan PEPERO setengah tahun tu. KAYA!!!KAYA!!!

Kalau masa 11.11 (11 November) ni, macam-macam jenis PEPERO yang kreatif ada jual.Bantal PEPERO ler, kek PEPERO, & macam-macam lagi.

 Comel-comel jer PEPERO ..:)

 Ada kawan Boss tu pernah dapat sabiji bantal PEPERO besar camni. Mamat Korea pulak tu yang bagi, nasib baik tak hensem sangat, kalau tak, Boss dah bakar dah bantal tu jeles punyer pasal..haa!!!haa!!!

Bestnyer kalau dapat PEPERO camni..Penuh dengan duit tu..Berpuluh-puluh ribu won pulak tu..KAYA!!!KAYA!!

*Masa BOSS belajar kat Korea dulu pun ada isu jugak PEPERO ni, sebab ada yang boleh makan, ada yang tak boleh.Untuk kepastian semua, bolehler pergi kat page ni:HALAL KOREA

Berdasarkan maklumat kat page ni,PEPERO yang jual kat sini tu boleh makan,tapi kalau yang masih was-was lagi, dinasihatkan tak payahler makan yer..:)

 

2 comments: