Boss nak bagitau satu RAHSIA yang sebenarnya Boss dapat belajar jauh-jauh gi Korea ni semuanya sebab mak & ayah Boss guna "kabel".
(*AMARAN KERAS!!! Sila jangan fikir negatif, baca dulu sampai habis)
Dulu Boss ingatkan Boss ni HEBATLER SANGAT, PANDAILER SANGAT, GENIUSLER SANGAT dapat gi belajar oversea. Padahal, habuk pon takde.
Dulu Boss ingat lahir-lahir je Boss punyer IQ dah macam "Pak Cik Elbert Einstein" ni.
Realitinyer, lebih kurang jer macam budak baju kuning ni.Habok pun tak de..huu..
Dipendekkan cerita, mak & ayah Boss ni pensyarah.BUSY..BUSY..Mak & ayah Boss ni memang tak sempat nak cek keje sekolah ke, mengajar kitorang kat rumah ke.Anak ramai pulak tu.
Ni ler keluarga Boss masa zaman muda dulu.Selalu kalau
citer kat kawan Korea yang adik beradik 8 orang, nak terkeluar biji mata
diorang dengar, terkejut ramai sangat.
Kerja mak ayah Boss ni of courseler mengajar orang. Pastu yang Boss tak faham tu, suka pulak tu nak aktif-aktif dengan PIBG kat sekolah anak-anak.Kenapalah mak ayah Boss ni, sibuk-sibuk habiskan masa, duit & tenaga, duduk sibuk jadi PIBG sekolah, baikler duduk rumah tido ke, lagi best..hee..
Kat dalam sekolah ni,dewan utama dia siap letak nama sempena nama ayah Boss lagi. "DEWAN DR. HASANAN". Punyeler lama jadi PIBG kat sekolah ni, sampai dewan pun letak nama ayah Boss.
Tapi sekarang baru Boss nampak kesannya, sebab mak & ayah Boss banyak tolong anak orang jadi pandai, Allah pulak tolong kitorang adik beradik jadi pandai.Betullah apa yang Allah janji kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas berganda-ganda kat kita.
Mak ayah Boss takdeler banyak duit sangat nak derma banyak-banyak, tapi mak ayah Boss cuma sumbangkan dalam bentuk lain yang termampu untuk contribute kat orang lain.
Pertolongan yang Allah bagi tu memang berganda-ganda sangat.Mak & ayah Boss tak yah keluar duit SATU SEN pun untuk kitorang adik beradik belajar jauh-jauh.Allah tak balas bedebuk bagi duit kat mak ayah Boss, tapi Allah balas dengan cara lain kat kebaikan yang mak & ayah Boss buat.
Hensem & cantik kan ayah & mak Boss..hee..
Setakat ni, adik beradik Boss lepas SPM jer mesti akan dapat tawaran belajar oversea. Kitorang takdeler pandai sangat, lagi-lagi Boss ni, memeng entah apa-apa.Sumenyer hampeh jer...Tapi tulah, kitorang usaha sikit jer, Allah bagi banyak.Allah permudahkan jer.Kalau nak harapkan usaha Boss yang ciput ni, Boss memang tak kan gi mana, tapi sebab mak ayah Boss guna KABEL paling besar dalam dunia iaitu ALLAH, Boss dapat peluang belajar jauh-jauh sampai Korea.
Tak payah curi kertas periksa ke, guna "kabel" YB ke, menteri ke, direct jer "kabel" yang paling besar. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong.
Sebab tulah selama ni Boss tengok, kawan-kawan Boss yang anak cikgu kebanyakannya mesti pandai. Asal no1 jer anak cikgu. Asal anak cikgu jer no 1. Rupa-rupanyer sebab cikgu-cikgu ni kejenyer ari-ari tolong orang jadi pandai, jadi Allah jadikan anak cikgu-cikgu ni pandai-pandai.Boss pun nak jadi cikguler jugak, tapi cikgu buat KIMBAP ler..:)
"The more you give, the more you get back.."
Akak ni baguslah, byk inspirasi yg sy dpt melalui artikel akak ni...semoga akak berjaya dunia n akhirat...
ReplyDelete