Soalan yang paling banyak customer tanya kat BOSS adalah:
"BEST TAK BELAJAR KAT KOREA???"
Meh sini BOSS nak jawab.Kesimpulan yang BOSS boleh wat adalah memang BEST!!!
5 Benda yang paling BEST kat KOREA bagi BOSS:
1.Dapat belajar bahasa Korea.
Walaupun BOSS takdeler cakap KOREA hebat sangat bersembur-sembur macam orang Korea, tapi bila dah tau cakap Korea walaupun basic jer, memang BEST!!!Tengok citer Korea tak de subtitle pun boleh faham.Pastu boleh dengar orang Korea yang tak tau kite ni sebenarnyer faham bahasa Korea ngumpat @ puji kite..hee..
2.Internet yang sangat-sangat laju.
Kalau nak tau, Korea punyer internet ni yang paling laju dalam dunia tau.Memang laju sangat-sangat.Berkali ganda laju daripada internet kat Malaysia ni.Kalau tengok youtube ke,beru jer click dah habis buffer.Nak download apa-apa pun cepat sangat-sangat.
Susah sangat nak jumpa benda ni kalau guna internet kat Korea.
3.Musim luruh yang SANGAT-SANGAT CANTIK & BEST.
Dalam 4 musim kat Korea, musim luruhlah yang paling BOSS suka..CANTIK SANGAT!!! Pastu time tu tak sejuk sangat & tak panas sangat.Kirenyer kalau jalan kat luar rasa macam ada aircond semula jadi gitu.BOSS cadangkan, sapa-sapa yang nak melancong kat Korea, datangler time musim luruh.Musim luruh kat Korea ni dalam bulan 9,10 & 11 camtu.Sila book tiket gi Korea masa tarikh ni yer..BEST!!!BEST!!!
Ni gambar Boss google jer..tapi realitinyer memang cantik macam dalam gambar ni.Kalau pergi kawasan kampung & gunung memang lagi WOW!!!Masa kat Korea dulu,Boss pernah gi kawasan kampung waktu musim luruh memang nak nangis tengok sebab CANTIK KEBABOM!!!
Ni gambar BOSS kat sana masa musim luruh.hee..
Comel tak BOSS??Comelkan.(Sila baca dengan nada iklan KAK TON)
4.Sangat senang nak pergi jalan mana-mana.
Public transportation kat Korea ni memang SUPERRR.Walaupun BOSS tak pakai kereta kat Korea,tapi cakap jer nak gi mana, kompem sampai kalau naik public transport je.Lagi senang & sangat cepat kalau naik subway & bas ni.Public transportation kat Korea ni pun antara yang terbaik kat dunia tau.
Ni map Subway kat Korea, dah ada berbelas-belas LINE dah sekarang.
Cakap jer nak gi mana kat SEOUL KOREA tu,naik subway jer sampailer..
Cakap jer nak gi mana kat SEOUL KOREA tu,naik subway jer sampailer..
5.Makanan yang SUPERR DUPERR BEST.
Benda yang paling BOSS nak buat kalau dapat pergi KOREA lagi adalah MAKAN!!! yumm..yumm...Makanan kat Korea ni memang SUPERR DUPERR BEST.Azam Sebelum gi Korea dulu kononnyer nak jadi kurus ler..Tapi balik-balik Malaysia lepas 5 tahun kat Korea jadi makin gemok adalah.STRESS!!!STRESS!!!
Kalaulah BOSS ada skandal dengan "abang TONY" dah lama dah mintak tiket AIR ASIA FREE gi Korea untuk makan dinner benda-benda kat atas ni..yumm..yumm..
No comments:
Post a Comment