Benda yang BOSS membebel hari ni sangat berkait rapat dengan bebelan BOSS dalam: "Realiti KPOP sebenar."
Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu jadi dalam masyarakat contohnyer macam masalah KPOP, masalah ragut & macam-macam lagiler masalah yang tak pernah selesai-selasai ni, kita cuma tahu komplen jer.Dialog yang biasa BOSS & ORANG KAT PLENET PLUTO akan cakap adalah:"Jahatnyer orang ni","Teruknya orang tu","Semua yang jadi ni salah batu ler pokok ler kucing ler.." & macam-macam lagi ler.BOSS percaya orang yang baca ni semuanyer OK jer, tak cakap pun macam tu..
I tak bersalah..kenapa apa-apa jadi semuanya salahkan I???WHY??WHY??
Tapi yang BOSS kagum kat seorang ni, dia tak macam BOSS & ORANG KAT PLENET PLUTO yang jenis tahu komplen jer.Seorang hamba Allah yang BOSS kenal ni, dia nampak masalah, jadi dia buat SESUATU.
Dia tak pergi rumah MAK LIMAH ke, MAK JEMAH ke gi potpet potpet mengumpat sampai tercabut mulut-mulut, tapi dia buat SESUATU.
Dia nampak sekarang masalah zina & masalah buang baby comel-comel ni makin banyak, so dia ambil langkah tubuhkan BAITUS SOLEHAH.BAITUS SOLEHAH ni bukan nama makanan tau..tapi rumah perlindungan & tarbiah untuk wanita yang pernah terlanjur atau diperkosa.Yang BOSS lagi kagum ni, dia guna rumah yang dia tengah duduk sendiri, jadikan rumah perlindungan.Besar sangat pengorbanan hamba Allah ni sanggup korbankan keselesaan sendiri & duit sendiri semata-mata untuk bantu orang lain.Hamba Allah ni bukanlah orang bisnes juta-juta, tapi hanyalah cikgu biasa yang dah pencen. Kalau BOSS, nak korbankan sebatang pencungkil gigi bagi kat orang pun gelisah sampai 10 malam tidur tak lena duduk mimpi pasal pencungkil gigi tu jer.huu..
BOSS selalu pergi sini sebab anak hamba Allah ni kawan BOSS & selalu oder KPOP KIMBAP dengan BOSS.Tiap kali datang, ada jer aktiviti agama yang diorang buat.Malu dengan diri sendiri bila tengok usaha diorang untuk jadi lebih baik..
Bila tengok hamba Allah ni buat kerja amal ni, kadang-kadang terfikir apalah Boss dah buat untuk bekalan akhirat BOSS??Apalah BOSS nak jawap kat akhirat nanti bila Allah tanya??Apalah yang BOSS dah buat untuk agama??Apa dakwah yang BOSS dah buat??Apalah manfaat yang BOSS dah bagi untuk orang lain?? Apa???Apaa??? BOSS, SILA SENTAP!!!!
Diharapkan BOSS tak lagi berangan untuk ubah dunia & ORANG KAT PLENET PLUTO pun tak lagi berangan untuk ubah plenet PLUTO.Sebaliknya mula untuk ubah diri sendiri."If you change yourself, you already started to change the world.."
No comments:
Post a Comment