Murah ke PAKEJ MURAH KOREA ni??

Ramai pernah bagitau kat BOSS diorang teringin sangat nak gi KOREA. Nasihat BOSS, pergilah!!!! KOREA ni memang BEST..Tak pergi konsert KPOP kat sana pun memang dah best dah KOREA tu...:)

Tapi kalau kat Korea ni, susah sikit kalau nak jalan sendiri-sendiri sebab orang Korea ni tak reti sangat bahasa orang putih ni, bahasa melayu tu lagiler kan.Kalau nak senang kerja, pergi dengan travel agency jer sudah, tak payah penat fikir, bagi travel agency jer fikir.

 

Please...stop!!!stop!!!Biar travel agency yang fikir..padan muka diorang!!haa!!!haa!!!

Untuk yang nak cari pakej travel KOREA yang KEBABOM MURAH, BOSS suggest pergilah tanya kat kawan BOSS ni. Nama pakejnya "PAKEJ MURAH KOREA".

 

  Nama pakej pun dah trang tang tang tulis MURAH..Kalau tak murah lagi, tak tauler BOSS..Rasanyer cukup kot kalau nak bayar guna duit dalam tabung jer..:)

Banyakler tempat dia boleh bawak jalan, bagitau jer kawan BOSS ni nak jalan mana, nanti dia suruhleh anak-anak buah dia bawak jalan.Orang-orang yang bawak jalan ni sume orang Malaysia, yang pandai cakap KOREA tau.Dont worry be happy..:)





Banyak lagi gambar customer-customer PAKEJ MURAH KOREA ni tengah bergembira kat KOREA, tapi BOSS tak beraniler pulak nak letak.Terkejut pulak nanti kalau yang baca ni tiba-tiba ada pulak muka dalam ni.Boleh tengok kat sini:"muka gembira bersama PAKEJ MURAH KOREA"

Kalau ada nak tanya apa-apa, jangan tanya BOSS..BOOS tau pasal KPOP KIMBAP & makanan KOREA je sebab memang kerjanya makan jer..Kalau ada apa-apa nak tanya pasal PAKEJ MURAH KOREA ni, boleh lawati kaunter pertanyaan berikut:

 

Sila PM terus kat fb "FB PAKEJ MURAH KOREA"



Selamat melancong ke KOREA dengan harga yang TERLAJAK MURAH!!!!









Hamba Allah yang membuat "SESUATU"

Benda yang BOSS membebel hari ni sangat berkait rapat dengan bebelan BOSS dalam: "Realiti KPOP sebenar."

Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu jadi dalam masyarakat contohnyer macam masalah KPOP, masalah ragut & macam-macam lagiler masalah yang tak pernah selesai-selasai ni, kita cuma tahu komplen jer.Dialog yang biasa BOSS & ORANG KAT PLENET PLUTO akan cakap adalah:"Jahatnyer orang ni","Teruknya orang tu","Semua yang jadi ni salah batu ler pokok ler kucing ler.." & macam-macam lagi ler.BOSS percaya orang yang baca ni semuanyer OK jer, tak cakap pun macam tu..

 
 I tak bersalah..kenapa apa-apa jadi semuanya salahkan I???WHY??WHY??

Tapi yang BOSS kagum kat seorang ni, dia tak macam BOSS & ORANG KAT PLENET PLUTO yang jenis tahu komplen jer.Seorang hamba Allah yang BOSS kenal ni, dia nampak masalah,  jadi  dia buat SESUATU.

Dia tak pergi rumah MAK LIMAH ke, MAK JEMAH ke gi potpet potpet mengumpat sampai tercabut mulut-mulut, tapi dia buat SESUATU.

Dia nampak sekarang masalah zina & masalah buang baby comel-comel ni makin banyak, so dia ambil langkah tubuhkan BAITUS SOLEHAH.BAITUS SOLEHAH ni bukan nama makanan tau..tapi rumah perlindungan & tarbiah untuk wanita yang pernah terlanjur atau diperkosa.Yang BOSS lagi kagum ni, dia guna rumah yang  dia tengah duduk sendiri, jadikan rumah perlindungan.Besar sangat pengorbanan hamba Allah ni sanggup korbankan keselesaan sendiri & duit sendiri semata-mata untuk bantu orang lain.Hamba Allah ni bukanlah orang bisnes juta-juta, tapi hanyalah cikgu biasa yang dah pencen. Kalau BOSS, nak korbankan sebatang pencungkil gigi bagi kat orang pun gelisah sampai 10 malam tidur tak lena duduk mimpi pasal pencungkil gigi tu jer.huu..


 BOSS selalu pergi sini sebab anak hamba Allah ni kawan BOSS & selalu oder KPOP KIMBAP  dengan BOSS.Tiap kali datang, ada jer aktiviti agama yang diorang buat.Malu dengan diri sendiri bila tengok usaha diorang untuk jadi lebih baik..


Bila tengok hamba Allah ni buat kerja amal ni, kadang-kadang terfikir apalah Boss dah buat untuk bekalan akhirat BOSS??Apalah BOSS nak jawap kat akhirat nanti bila Allah tanya??Apalah yang BOSS dah buat untuk agama??Apa dakwah yang BOSS dah buat??Apalah manfaat yang BOSS dah bagi untuk orang lain?? Apa???Apaa??? BOSS, SILA SENTAP!!!!

 
 Diharapkan BOSS tak lagi berangan untuk ubah dunia & ORANG KAT PLENET PLUTO pun tak lagi berangan untuk ubah plenet PLUTO.Sebaliknya mula untuk ubah diri sendiri."If you change yourself, you already started to change the world.."

 

Realiti KPOP yang sebenar.

Fuhh...hari ni penuh kat wall FB orang post pasal peminat KPOP kena peluk dengan artis KPOP.Terkezzzut BOSS tengok video tu.Pada BOSS, tak perlu kita kutuk artis tu sebab dia tak tahu pasal hukum ISLAM.Tak perlu kita kutuk perempuan kat dalam tu, mungkin satu hari nanti dia jadi lebih baik & dia lebih dulu masuk syurga dari kita. Siapa yang tahu???Cukuplah sekadar kita benci dengan perbuatan tu.

 

Penuh cerita pasal konsert kpop tu kat wall FB BOSS.

Tapi apa yang BOSS nak cakap dalam ni, adalah berdasarkan pengalaman BOSS selama 5 tahun belajar kat Korea. Sebenarnya dekat Korea tu, orang dia pandang kita sebelah mata jer. Tau tak macam mana?? Macam kita pandang indon & bangla kat sini jer. Macam tu jer.Kita punyalah puja diorang, tapi diorang tak pandang pun kita.


 
Tak perlu nak terkejut sangatler, terimalah realiti. Orang Korea kebanyakan sangat sangat pandang tinggi kat orang barat, orang macam kita ni picisan jer.huu..:(


Lepas tu, student-student Korea kat sana takdeler gila sangat dengan artis diorang, diorang lagi sibuk dengan belajar, tak sempat nak fikir pasal artis pun. Malu sangat sebab kita kat Malaysia yang lebih-lebih.BOSS pernah tanya pasal artis Korea kat kawan Korea, kadang-kadang diorang tak kenal pun artis diorang. Kalau ada pun yang gila sangat KPOP tu, mungkin student Korea yang jenis tak belajar.


 

Study..study...ada aku kesah dengan abang-abang KPOP tu??

Dulu BOSS ni pun gila jugak KPOP-KPOP ni, tapi lepas 5 tahun duduk sana, memang buka mata BOSS besar-besar. Susah nak cakap benda ni, tapi pada BOSS kalau rasa nak hilangkan kegilaan KPOP ni, pergiler duduk Korea bertahun-tahun, baru rasa langit ni tinggi ke rendah.


Alhamdulillah, BOSS & kebanyakan kawan-kawan BOSS lagi kenal Islam bila duduk lama kat negara KPOP tu.

Ada kawan-kawan BOSS yang belajar sama-sama kat Korea,mula-mula suka pergi konsert, sekarang dah tak ambil tahu lansung pun pasal KPOP. Ada yang pakai seksi macam artis KPOP, lepas duduk sana, pakai tutup macam ustazah. Sebenarnya banyak lagi benda baik yang kita boleh belajar dari Korea ni selain hiburan KPOP ni. Terpulang pada masing-masing untuk memilih.

Akhir kata, tak perlu salahkan siapa-siapa, cari jalan, BUATLAH SESUATU untuk ummah.


*Walaupun BOSS menjual makanan Korea (KPOP KIMBAP), tak beerti BOSS menyokong konsert KPOP yer.."We are too busy judging others, we always forget to judge ourselves."

Syarat memeritkan untuk hidup di Korea

Tau tak kenapa artis-artis Korea ni cantik-cantik & hensem-hensem??Confirm sume dah tauler punyer, sebab diorang buat PEMBEDAHAN PLASTIK ler kan..Tapi bukan artis je tau, orang biasa pun bersepah-sepah dah yang lahir muka lain, besar muka lain.Normal jer kalau kat Korea tu.

Konon Hensem ler tu senyum kat BOSS macam tu??Sori yer, BOSS tak terpikat pun.hee...
Sangat normal kat korea kalau lahir muka macam ni, dah besar muka macam atas tu.

 Tapi kenapa diorang OBSESSSS sangat-sangat nak jadi cantik????????

 


 Di sinilah terselit segala jawapannyer...

Sedih tau citer diorang. Pada Bossler, kalau kat Korea, orang tak cantik ni tak boleh nak hidup.Eh, salah-salah, tu melampau sangat tu sebab ada jer lagi, orang Korea yang tak cantik hidup jer kat Korea tu. Tapi senang citer orang tak cantik ni akan mengalami hidup yang sedih kat bumi Korea tu.

 Ramai sangat yang bunuh diri kat Korea sebab rasa diri tak cantik..huu..:( 


Dulu ada lecturer BOSS tunjukkanlah dokumentari pasal "Korea yang obses dengan kecantikan" ni kat kelas.Kat dalam tu tunjuk ynag sebenarnya diorang kat sekolah lagi cikgu-cikgu dah tanam awal-awal kat dalam kepala otak budak-budak  yang MESTI JADI CANTIK. 

Ingat lagi satu dialog dalam dokumentari tu.

CIKGU:Apa 3 perkara paling penting untuk dapat kerja murid-murid??

MURID:CANTIK!!!

CIKGU:Yang ke-2?

MURID:CANTIK!!

CIKGU:yang ke-3?

MURID:CANTIK!!

CIKGU:Bagus...

Kalau orang Korea nak minta kerja, antara syarat utama adalah CANTIK!!! Kalau tak cantik jangan harapler orang interview tu nak pandang. Nak tak nak, orang yang pandai tapi tak cantik, kenaler singgah klinik gi bedah muka kejap, pastu baru gi interview..huu..

 Saya bukan nak jadi pelakon ke, pramugari ke, jadi tukang sapu pun kena cantik jugak ke tuan????

Kalau nak mintak kerja jadi cashier @ waiter kat kedai pun, kebanyakan tokey2 kedai ni akan pilih yang cantik & hensem jer.Kalau tak cantik tu tokey dialer kot.hee.... Tapi taktik yang diorang guna ni memang berkesan.Dekat rumah Boss dulu adaler 2 kedai macam 7eleven. Dekat2 jer kedai dia. Satu kedai ni pekerja dia laki hensem2, yang lagi satu pekerja dia perempuan cantik2. Nak tau apa yang jadi???

 

Yang kedai ada pekerja laki hensem tu, memang ramai jer perempuan beli kat situ. Pastu kedai yang lagi satu penuh customer laki. Kawan boss pun ada yang terjebak sekali tau.

*Sila terasa ye kawan Boss yang pernah terjebak tu..hee..

Tak kisahlah, INconvenience store ke, barang susah nak amek ke, barang semua dah expired ke, kedai buruk ke, yang penting cashier tu hensem..

PERSOALAN:Cukup cantikkah anda untuk menjadi KOREA???Akhir kata, YOU ARE BEAUTIFUL!!!:)