SKKU Samsung Library VS Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Benda yang Boss buat masa Boss cuti akhir tahun 2013, NO 5:

Pergi PERPUSTAKAAN Raja Tun Uda, Shah Alam ..haa!!!haa!!kalau sapa-sapa yang rapat dengan Boss ni mesti gelak bila tau Boss pergi library.Sebab Boss ni memang tak suka membaca..ish..ishh..tak bagus,tak bagus..



Atas sebab-sebab yang tak disengajakan Boss akhirnya sampai situ. Tapi library tu serius SUPER DUPER CANTIK & BEST.Boss sangat-sangat tak sangka Malaysia ada library yang best camtu.Selalunya library kan macam bosan jer, tapi library ni memang lain. BEST!!BEST!!!BEST!!! 

Setakat ni ada 2 jer library yang Boss pernah pergi & terus jatuh cinta gitu..hee..Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam & SKKU Samsung Library,Korea kat universiti Boss belajar dulu.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam


SKKU Samsung Library 


Ok,mula-mula Boss nak citer pasal  Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

   Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

 
















Gambar-gambar kat atas ni gambar dalam library ni.Gambar-gambar kat bawah ni pulak runag untuk kanak-kanak dalam library tu. Boss paling suka tempat untuk kanak-kanak sebab siap ada pokok lagi kat tengah-tengah, rasa macam dalam citer fairytale gitu.Yang lagi best tu siap ada surau untuk kanak-kanak lagi dalam tu. Memang TERBAIK!!!



Lagi satu benda yang Boss suka kat library ni, kat luar library tu, ada mesin BOOK DROP untuk pulang buku. Kalau malas nak masuk dalam / library tutup,bolehler pulang kat situ jer.Boss jakun sikit, first time jumpa mesin camtu, padahal abang Boss cakap kat negara orang putih dah lama dah ada.Kesian Boss,orang kampung ler katakan..huu..

*Mesin tu lebih kurang camni ler.Gambar ni Boss ambil kat Google jer sebab tak sempat amek gambar hari tu.
Cara-cara nak guna:Masukkan jer buku satu persatu yang kita pinjam kat dalam mesin tu, nanti keluarlah kertas macam resit yang  menunjukkan bukti kita dah pulang buku tu.


SKKU Samsung Library, Korea





Library ni sangat banyak guna cermin, dinding sume tak guna batu, guna cermin jer. Lif dia pon guna cermin,sampai ada sekali tu pernah lif dia retak ke pecah,tapi nasib baik tak ada orang dalam tu.
*gambar-gambar ni Boss google jer sebab dulu masa kat sana, Boss tak ada  perasaan nak ambil gambar.Sekarang baru menyesal tak ada gambar dalam library ni pon.huu..

Cantikkan library universiti Boss kat korea dulu.Mula-mula Boss masuk dalam ni memang tercengang kejap ler sebab rasa macam masuk Shopping Mall tu...Library ni, nama dia Samsung library sebab Samsung yang bagi library ni kat universiti Boss.Universiti yang Boss belajar dulu ni bolehler dikatakan anak angkat Samsung. Lecturer-lecturer yang ajar Boss dulu pun kebanyakannyer antara orang-orang yang reka SMART PHONE Samsung tu...Jadinyer bila mengajar jer sikit-sikit bagi contoh Samsung.

 Kat tingkat atas sekali ni ada cafe. Boss paling suka lepak-lepak kat situ..BEST!!tapi yang tak berapa best tu student-student Korea selalu dating kat tingkat atas tu.Kerusi kat situ punyalah besar, tapi ada jer couple yang nak jugak duduk atas riba..ishh..ishh..tak faham Boss.

Ni gambar Boss & kawan-kawan Boss depan library ni. Library ni memang lambang kemegahan universiti Boss, so tak kiralah student korea ke, student foreigner ke, asal amek gambar je mesti depan library ni, macam dah tak ada tempat lain dah..hee..

Kalau nak tengok video pasal Library samsung ni,boleh tengok kat link ni yer.Kalau dalam video memang lagi SUPERR!!

Apa yang Boss boleh simpulkan, dua-dua library ni memang SUPER DUPER KEBABOMMM BEST!!!"I love LIBRARY..hee..:)

Nanti Boss sambung citer pasal benda NO 6 yang Boss buat hujung tahun 2013 lepas.


No comments:

Post a Comment