SKKU Samsung Library VS Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Benda yang Boss buat masa Boss cuti akhir tahun 2013, NO 5:

Pergi PERPUSTAKAAN Raja Tun Uda, Shah Alam ..haa!!!haa!!kalau sapa-sapa yang rapat dengan Boss ni mesti gelak bila tau Boss pergi library.Sebab Boss ni memang tak suka membaca..ish..ishh..tak bagus,tak bagus..



Atas sebab-sebab yang tak disengajakan Boss akhirnya sampai situ. Tapi library tu serius SUPER DUPER CANTIK & BEST.Boss sangat-sangat tak sangka Malaysia ada library yang best camtu.Selalunya library kan macam bosan jer, tapi library ni memang lain. BEST!!BEST!!!BEST!!! 

Setakat ni ada 2 jer library yang Boss pernah pergi & terus jatuh cinta gitu..hee..Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam & SKKU Samsung Library,Korea kat universiti Boss belajar dulu.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam


SKKU Samsung Library 


Ok,mula-mula Boss nak citer pasal  Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

   Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

 
















Gambar-gambar kat atas ni gambar dalam library ni.Gambar-gambar kat bawah ni pulak runag untuk kanak-kanak dalam library tu. Boss paling suka tempat untuk kanak-kanak sebab siap ada pokok lagi kat tengah-tengah, rasa macam dalam citer fairytale gitu.Yang lagi best tu siap ada surau untuk kanak-kanak lagi dalam tu. Memang TERBAIK!!!



Lagi satu benda yang Boss suka kat library ni, kat luar library tu, ada mesin BOOK DROP untuk pulang buku. Kalau malas nak masuk dalam / library tutup,bolehler pulang kat situ jer.Boss jakun sikit, first time jumpa mesin camtu, padahal abang Boss cakap kat negara orang putih dah lama dah ada.Kesian Boss,orang kampung ler katakan..huu..

*Mesin tu lebih kurang camni ler.Gambar ni Boss ambil kat Google jer sebab tak sempat amek gambar hari tu.
Cara-cara nak guna:Masukkan jer buku satu persatu yang kita pinjam kat dalam mesin tu, nanti keluarlah kertas macam resit yang  menunjukkan bukti kita dah pulang buku tu.


SKKU Samsung Library, Korea





Library ni sangat banyak guna cermin, dinding sume tak guna batu, guna cermin jer. Lif dia pon guna cermin,sampai ada sekali tu pernah lif dia retak ke pecah,tapi nasib baik tak ada orang dalam tu.
*gambar-gambar ni Boss google jer sebab dulu masa kat sana, Boss tak ada  perasaan nak ambil gambar.Sekarang baru menyesal tak ada gambar dalam library ni pon.huu..

Cantikkan library universiti Boss kat korea dulu.Mula-mula Boss masuk dalam ni memang tercengang kejap ler sebab rasa macam masuk Shopping Mall tu...Library ni, nama dia Samsung library sebab Samsung yang bagi library ni kat universiti Boss.Universiti yang Boss belajar dulu ni bolehler dikatakan anak angkat Samsung. Lecturer-lecturer yang ajar Boss dulu pun kebanyakannyer antara orang-orang yang reka SMART PHONE Samsung tu...Jadinyer bila mengajar jer sikit-sikit bagi contoh Samsung.

 Kat tingkat atas sekali ni ada cafe. Boss paling suka lepak-lepak kat situ..BEST!!tapi yang tak berapa best tu student-student Korea selalu dating kat tingkat atas tu.Kerusi kat situ punyalah besar, tapi ada jer couple yang nak jugak duduk atas riba..ishh..ishh..tak faham Boss.

Ni gambar Boss & kawan-kawan Boss depan library ni. Library ni memang lambang kemegahan universiti Boss, so tak kiralah student korea ke, student foreigner ke, asal amek gambar je mesti depan library ni, macam dah tak ada tempat lain dah..hee..

Kalau nak tengok video pasal Library samsung ni,boleh tengok kat link ni yer.Kalau dalam video memang lagi SUPERR!!

Apa yang Boss boleh simpulkan, dua-dua library ni memang SUPER DUPER KEBABOMMM BEST!!!"I love LIBRARY..hee..:)

Nanti Boss sambung citer pasal benda NO 6 yang Boss buat hujung tahun 2013 lepas.


Jalan-jalan CARI PASAL..:)

Ok,kali ni Boss nak sambung benda NO 3 yang Boss buat masa Boss tutup kedai hujung tahun 2013.
Lepas Boss pergi borong buku masak-masak kat Big Bad Wolf, Boss pun pergiler jalan-jalan cari pasal kat area Bangi. Kedai-kedai kat Bangi ni memang BESTler, macam-macam ada. Dekat situ memang banyak kedai jual BARANG BAKERY.Toleh kanan ada, toleh kiri pun kedai jual BARANG BAKERY, senang citer memang senang ler nak jumpa. Boss apalagi, pergiler survey2 kedai-kedai tu. 

Boss pergi kedai nama dia YUMMIE..Besar kedai tu, adalah guna dalam 4 pintu kedai. Macam-macam ada, cakap jer nak apa, sume ada. Pastu harga barang BAKERY  kat situ memang murah kalau nak compare dengan kedai-kedai kat Johor.



Cikgu-cikgu yang ajar Boss buat kek pun memang suka shopping barang bakery kat KL.Memang murah kalau nak compare dengan kat Johor ni.huu...

Belakang kedai YUMMIE kat gambar atas ni, Boss ada jumpa kedai kek yang best tau. Nama kedai tu BREAD TIME BAKERY.Dari luar pon macam best, Boss pun apa lagi, masuklah kedai tu.
 Decoration dalam kedai & kek-kek dalam kedai ni pun memang cantik-cantik. Seronok duduk dalam tu...tak makan pun dah kenyang dah tangok kek cantik-cantik.

Kedai ni memang Best, bukan kek & kedai jer cantik, tapi layanan dia memang SUPERR..memang jaga baik-baik dia punya customer..Boss yang tak ada niat nak beli ni pun jadi terbeli pulak sebab kene layan macam BOSS..Sebenarnya diorang takdeler layan sampai bentang red carpet sume, tapi  pekerja sume senyum memanjang & cakap sangatlah baik dengan customer, tu yang best tu.
Ni jer gambar dalam kedai ni yang Boss dapat ambil sebab owner dia cuma bagi amek 1 gambar jer...huu..Sebenarnya banyak lagi part yang cantik2 kat dalam kedai ni, sapa-sapa yang nak tengok, bolehler pergi tengok2 kedai ni kat Bangi.

Boss kagum jugaklah dengan kedai ni sebab kedai orang melayu islam. Sebab susah jugak nak jumpa kedai orang kita yang bukak kedai best2 camni.Sebenarnya orang melayu pun boleh, cuma kita jer asyik dengar orang melayu ni tak boleh,malas,tak reti business & macam-macam lagi yang negatif. Sebenarnya, tak kisahlah melayu ke,cina ke,iban ke,parsi ke,bangla ke,ke yahudi ke, kalau rajin insyallah boleh berjaya.

Boss tak kenal langsung tau dengan owner kedai ni, Boss tulis ni dia tak bayar pun. Boss yang memang saja nak tulis sebab Boss memng suka kedai ni. Yang ni pulak page FB Bread Time Bakery ni:https://www.facebook.com/pages/BreadTime-Bakery/154517901251050

Bila Boss tengok kedai ni, Boss jadi semangat pulak nak bukak kedai Bakers Oben yang lagi SUPER DUPER BESTTT KEBABOMMM dari kedai ni...hee..insyaallah satu hari nanti..AMINN...


Ok,sampai sini jer citer Boss, nanti Boss sambung balik benda NO 4 yang Boss buat masa cuti ari tu.

Buku yang VERY + TERAMAT + SANGAT + SUPER DUPER murah!!!!

Ok, kali ni Boss nak sambung citer Boss yang lepas. Lepas beberapa ari Boss menyibukkan diri kat rumah  kawan baik Boss yang kawin kat Selangor ari tu, Boss pun ronda-rondalah KL ngan sorang best friend Boss ni.

Nak dipendekkan cerita, benda NO 2 yang Boss buat masa Boss cuti hujung tahun 2013 tu:
Beli buku masak-masak yang VERY + TERAMAT +SANGAT+SUPER DUPER murah kat Big Bad Wolf.

Boss selalu jer dengar orang cakap pasal Big Bad Wolf ni, tapi tak pernah tau dan tak nak ambil tahu pun apa benda tu, maklumlah, orang kampung..huu..Sekarang barulah Boss tau rupa-rupanya Big Bad Wolf ni:
1.Event jual buku secara besar-besaran. 

2.Harga buku sume memang murah macam nak pengsan.Nasib baik tak pengsan kat situ.


3.Kat situ hampir sume orang bawak troli,kotak,beg besar-besar macam nak gi haji untuk isi buku.Dah tak main dah pegang guna tangan,kompem patah punya nak angkut buku banyak-banyak.

4.Orang sangat ramai.
 Boss pergi sini 2 kali.First,pergi dengan kawan Boss waktu office hour, orang taklah ramai sangat.Senang sikit cari buku.

Esoknya pulak boss pergi ngan abang Boss,sebab event ni 24 hours, kitorang pergi pukul 1 pagi camtu.Serius sangat ramai orang sebab ni jeler waktu-waktu orang bekerja boleh datang.Dahlah sebelum datang tu Boss makan banyak-banyak,bila kat situ mulalah rasa nak muntah tengok orang & buku yang sangat banyak...buweek...

5.Event ni hanya buat pada waktu-waktu tertentu & tempat-tempat tertentu. Yang Boss pergi ari tu kat The Mines,KL. Dulu ada jugak buat dekat dengan rumah Boss,kat Danga City Mall, JB.Tapi sebab tak tau apa benda Big Bad Wolf ni,buat tak layan jer...kesian..

6.Sapa yang tak beli buku kat situ,memang rugi.

7.Ni pulak website event tu:http://bigbadwolfbooks.com/

Ni Boss nak tunjuk sikit buku-buku yang Boss beli, sumenyer buku pasal masak-masak...seronok..seronok..rasa nak berjoget-joget pulak sebab seronok sangat..haa!!!haa!!




Boss beli,tak adalah banyak sangat,dalam 20 buku camtu.Orang lain lagi banyak,abang Boss beli nak dekat dua ratus buku.Dua kali tu isi dalam beg gi haji.





Buku-buku ni memang super duper murah,selalunya kalau buku masak-masak yang oversea punya + kulit tebal + banyak gambar harga average adalah dalam RM100.Tapi buku-buku camtu sume harga dalam RM5-RM20..apalagi, Boss borongler habis habisan.







Dalam banyak2 buku masak kat situ, satu jer buku masakan Korea yang Boss jumpa..huu...takpe2, nanti lepas ni Boss lah buat buku masakan Korea pastu jual kat Big Bad Wolf tu..hee..best!!!best!!













Ok,sampai sini jer citer Boss, nanti Boss sambung balik benda NO 3 yang Boss buat masa cuti ari tu.