Oh NO!!!Boss accident hari ni!!!!

Pagi tadi Boss pergi Jusco jap lepas hantar order.hee..Ingat nak tengok-tengok mixer cake yang baru.Tapi on the way keluar Jusco tu, entah macam mana entah kereta boleh langgar tempat palang nak keluar tu.Oh NO!!!!Why palang tu yang Boss langgar,kalau langgar kereta laki kaya macam dalam cerita Love you Mr.Arrogant tu tak pe jugakkan..haa!!!haa!!!


Imaginasi Boss....

Realiti....tapi ni bukan kereta Boss ler,ambil contoh dalam internet jer.

Masa langgar tu memang dah fikir habislah nak kena ganti benda tu confirm beribu tu kene bayar.Huaa!!huaa!!!Boss nak cari duit kat mana??Tapi nasib baiklah benda tu boleh function lagi, cuma calar sikit jer, so Jusco lepaskan jer, tak minta ganti rugi apa-apa.Kalau Boss langgar kuat sikit jer benda tu, memang kena bayar ganti rugi RM9 ribu tu...terkezzzut tu dengar.Kena jual beribu-ribu kek & kimbap dululah baru boleh bayar 9ribu tu.

Tapi untuk baiki calar kereta, adalah kena dalam RM200 lebih.Fuhh..nasib baik, tapi sedih jugak kena keluar duit baiki kereta, kalau tak bolehlah Boss beli mixer cake baru guna duit tu..Nampaknya kena kumpul duit lagilah baru boleh beli.

Bye!!bye!!mixer....jumpa bila Boss dah cukup duit nanti...huu..:(

 

Bila fikir-fikir balik, Boss syukur sangat sebab Allah cuma tarik sikit jer nikmat yang Dia bagi. Alhamdulillah, kaki & tangan boleh jer lagi gerak untuk kerja. Duit jer pun kan.Kadang-kadang bila kita hilang sesuatu, kita selalu fikir benda yang hilang tu, padahal apa yang kita ada tu sebenarnya dah terlebih dari cukup.Free-free jer Allah bagi. Mungkin memang duit tu bukan hak Boss,mungkin jugak dalam bisnes Boss ni Boss pernah buat salah, jadi Allah nak  tarik balik dengan cara ni.Siapa yang tahu kan?Dari sini Boss belajar kena lagi ikhlas bila bekerja, sebab ikhlas ni antara kita dengan Allah, kalau kita buat kerja ikhlas dengan niat kerana Allah, Allah akn bayar gaji kat kita berjuata-juta kali ganda lagi mahal dari gaji yang orang lain boleh bagi & dalam bentuk apa tu kita tak tahu.

Dan ingatlah tatkala tuhanmu berjanji kepadamu:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmatKu kepadamu.."

Best friend & kek kahwin Bakers Oben..:)

Semalam Boss baru lepas pergi wedding salah seorang kawan yang rapat dengan Boss masa sekolah menengah dulu..Belajar dalam satu kelas 5 tahun tu..Bilik pun duduk bilik sama 2,3 tahun masa kat asrama..Pendek citer,masa kat sekolah dulu kalau time kitorang tengah baik,memang rapat sangat, tak boleh pisah punyer..tapi time gaduh tu, memang perang habis ler...hee...lawak pulak bila ingat balik..


Niler kawan Boss yang kawin semalam tu..cantik!!!Tapi perangai serius macam sekolah dulu, tak matang-matang..ish..ish..

Lepas lebih 7 tahun baru jumpa kawan-kawan sekolah dulu.Terima kasih Adidah, sebab awak kawinler,dapat jumpe balik bebudak ni.Sangat best dapat jumpa korang sume.:)

Tapi yang paling best tu,semalam kek kawin kawan Boss tu, Boss yang buat.Waaa!!!sangat-sangat happy masa buat kek tu.Masa tengah buat kek tu memang macam-macam ler kenangan Boss dengan kawan Boss tu keluar kat kepala otak Boss ni.

 Yang lagi best,nilah kek kawin pertama  & kek 2 tingkat pertama yang Boss buat.Boleh masukkan dalam "Hari ini dalam sejarah Bakers oben" ni..:)

 

Tapi Boss dulu memang tak pernah terfikir pun Bossler yang akan buat kek kawin kawan Boss sendiri.Boss sendiri yang suggest kat kawan Boss ni order kek Snow Cheese Boss yang paling sedap kat dunia ni.Walaupun mungkin kek ni rupa takdeler cantik macam kek-kek kawin lain tapi sebab kawan Boss nak kek yang paling sedap bukan yang paling cantik, Boss suggest kat dier kek snow cheese Bakers Oben ni.

 

Time potong kek niler Boss paling takut..hee..takut kek roboh pulak.Tapi alhamdulillah, kek Bakers Oben masih berdiri teguh macam KLCC setelah dipotong..:)

Semalam tengok pengantin happy sangat-sangat, Boss pun tumpang happy..Tahniah pengantin baru & terima kasih sangat-sangat jadi kawan Boss yang best!!

 

 

Kimbap dan daging pink...

Ok,ari ni Boss nak sambung lagi pasal kimbap yang Boss cerita sebelum ni. Kalau kat Korea, memang banyak orang jual kimbap,sana sini pergi mesti ada jer kimbap.


kat restoran korea & kedai 24 jam macam 7eleven confirm punyalah jual kimbap

Pastu kalau kat restoran-restoran makanan Korea ni,kimbap dia memang ada macam-macam jenis.Kalau pergi kat restoran makanan Korea, dekat menu tu berbaris-barisler jugak jenis kimbab yang ada kat menu tu.
kalau kat menu ni ada kimbap sayur,tuna,kimchi,cheese,daging,dan macam-macam lagi.....

Tapi kimbap kat Korea ni memang akan letak daging yang warna pink (daging babi).Kalau student-student yang belajar kat Korea selalunya akan makan kimbap tuna, tapi memang kena cakap kat ajumma(makcik) buat kimbap tu jangan letak benda pink tu.Masalahnya, walaupun kita dah cakap,kadang-kadang makcik tu mesti lupa. Pastu ada jer yang memang letak benda pink tu dalam bekas yang sama dengan sayur ke,telur ke.Atas sebab-sebab nilah Boss & kawan-kawan Boss lagi suka buat sendiri jer kimbap ni,lagi yakin dan sedap.

*Pesanan untuk yang nak melancong kat Korea, kalau nak makan kimbap ni, memang kena hati-hati.Kalau nak makan, sebaik-baiknya tanya tour guide @ siapa yang dah lama duduk Korea ni,lagi selamat.Takpun balik Malaysia beli jer KPOP KIMBAP kat Bakers Oben..hee...

"Berhati-hati dengan saya bila ada dekat Korea.Jangan!!jangan!!jangan!!makan saya."

Boss nak bagi lagi satu tips.Kalau makan kat Korea, nampak jer benda-benda warna pink ni kene cek betul-betul sebab takut-takut daging pink(daging babi) tu.Kalau kitorang kat Korea dulu, memang sangat-sangat sensitif dengan benda-benda warna pink ni  kat makanan.Sampai kadang-kadang kalau masak sendiri pun,boleh confuse carrot ke daging pink tu,walaupun memang confirm-confirm carrot.Sebabnya, masa mula-mula datang Korea lagi, kitorang memang dah tanam dalam kepala ni, kena sentiasa berhati-hati bila jumpa warna pink dalam makanan.SAY NO TO PINK..:) 

 

Ok,ari ni sampai sini jer..Boss nak pergi buat kek pulak..hee..

Kimbap oh Kimbap!!!!

Annyonghaseyo!!!!(Hello dalam bahasa Korea-tapi Boss pun tak tahu lah betul ke tak Boss eja dalam bahasa melayu sebab awal-awal belajar dulu dalam tulisan Korea,yang penting bunyi dia lebih kurang camtulah )


Ok,hari ni Boss nak cerita pasal KPOP KIMBAP yang semakin mendapat perhatian customer-customer Bakers Oben sekarang ni.


KPOP Kimbap made in Bakers Oben



Kimbap(김밥) ni apa yer?

Kim(김)=seaweed  Bap(밥)=nasi

Kiranya kimbap ni orang boleh panggil nasi seaweed camtu.


Kalau kat Korea, boleh dikatakan hampir semua restoran  makanan Korea memang jual Kimbap.Kalau kat kedai macam 7eleven tu pun ada jer jual kimbap.Boleh dikatakan kimbap ni antara makanan wajib orang Korea. Diorang makan kimbap ni tak kira masa,pagi ke,petang ke,malam ke, memang sentiasa ada orang jual.Tapi selalunya kalau nak cepat, diorang akan beli Kimbap jer, tak yah tunggu lama macam order nasi + lauk. Lagipun kimbap ni pun memang dah bolah ganti nasi sebab dalam tu memang dah ada nasi,telur,sayur & lauk(tuna/daging/ayam/macam-macam lagi).Kiranya kalau makan kimbap ni satu roll pun dah boleh kenyang.

 

 

Kalau yang selalu tengok drama Korea,mesti selalu jer perasan Kimbap.Inilah bukti yang menunjukkkan Kimbap ni memang makanan harian orang Korea dan memang sedap.


Masa belajar kat korea dulu, Boss dengan kawan-kawan Boss memang selalu buat kimbap sendiri. Bila buat sendiri ni, apalagi, buat sesuka hatilah kan,ikut lidah orang melayu, lepastu isi dalam kimbap tu pun boleh letak banyak-banyak ikut suka...yumm..yumm...

KPOP Kimbap bersiap sedia untuk dimakan....:)


Sebenarnya salah satu sebab Boss jual kimbap sekarang ni sebab ada sorang kawan baik Boss kat Korea ni selalu suruh Boss buat kimbap..Time-time malas nak buat,Boss mengamuk lah jugak kat dia sebab dia pun pandai  jer buat kimbap.Tapi dia cakap kalau Boss buat kimbap mesti sedap..Masa dengar tu, tak jadilah Boss nak mengamuk..terus buatkan dia kimbap selalu..hee..hee..Mungkin Boss dah dianugerahkan tangan yang boleh buat kimbap sedap-sedap kot..hee..hee..


Ok,banyak lagi ni nak cerita pasal kimbap, tapi dah panjang sangat ni tulis, nanti lepas ni Boss sambung balik yer..:)



Kisah Hello Kitty di Bakers Oben

Assaalamualaikum..Ari ni Boss nak share pengalaman Boss buat kek kartun-kartun pula...Sebelum ni Boss tak pernah terfikir pun nak buat kek kartun-kartun ni.Kisahnya bermula pada suatu hari,ada seorang customer ni dengan semangatnya tanya dekat Boss pandai buat kek Hello Kitty tak untuk hari jadi anak dia.Boss masa tu nak cakap tak pandai buat, tapi sebelum Boss buka mulut, ummi Boss dah jawapkan dulu,"Pandai-pandai."Alamak!!!!Boss dah risau dah,bila masa pula Boss pandai buat kek kartun.Sebab ummi Boss dah cakap macam tu, terpaksalah Boss terima tempahan tu..huu.. Sebelum buat tu, rasa macam susahnya nak buat,pastu Boss trylah cari tutorial kat youtube "How to make Hello Kitty cake".Pastu Boss jumpalah tutorial kat bawah ni.

 

Tutorial ni antara yang paling senang untuk buat kek Hello Kitty.Mula-mula tengok, macam senang sangat-sangat,pejam mata pun boleh buat.Tapi bila buat betul-betul,baru tahu langit tu tinggi ke rendah..huu..huu

 

Masa pertama kali buat kek Hello Kitty ni,adalah dalam sehari baru boleh hasilkan kek Hello Kitty sebiji ni..lama tu...

Boss guna fresh cream untuk kek ni,sebab tu tak berapa nampak corak dia kalau nak dibandingkan dalam video kat atas yang guna icing.

 

Sekarang ni Boss dah pro dah buat kek kartun-kartun ni,masa mula-mula sehari baru boleh siap. Sekarang sejam macamtu dah boleh siap hias sebiji kek kartun."Practice really make perfect."Mana tahu satu hari nanti,pejam mata pun Boss boleh siapkan kek kak kartun ni..hee..(mood berangan)

 

Kek Hello Kitty kedua yang Boss buat,dah ada misai dah Hello Kitty ni.Yang Hello Kitty pertama, Boss lupa nak letak misai.Kesian customer Boss.Nasib baik dia cakap,dia pun tak tahu pun yang Hello Kitty ni ada misai..hee..

 Sangat suka kek Minnie Mouse ni sebab muka happy jer macam tak ada masalah.Betullah orang cakap,"A smile is the prettiest thing you can wear."

Ni pulak Mickey Mouse,boyfriend Minnie Mouse yang happy terlebih kat atas ni..:)

Ok,sampai sini jer benda yang Boss nak share hari ni...Pengajaran untuk hari ni, practice tu memang boleh menjadikan kita makin hebat dalam sesuatu perkara.So, jangan give up dalam apa-apa pun yang kita buat.Practice dan practice dan practice.....