My Mr.Right??


Lama betul Boss tak update blog ni.rsenyer kalau boleh nampak habuk dalam blog ni,dah 5x5 inci dah kot ketebalannyer.Dalam BOSS menyepi ni, BOSS dah siap kahwin & dah siap ada baby ok.Kelas kau jah!!!Oklah kali ni BOSS nak citer pasal cerita kahwin BOSS dulu.

 

Tepat tanggal 15/9/2017 BOSS telah selamat diijabkabulakn dengan seorang yang bernama lelaki.ceeewaahh.Yang best BOSS nak citer ni,pasal suami BOSS.Dulu-dulu akibat anasir pengaruh drama korea yang terlalu kuat,asal hero je kaya,asal hero je hensem kan.So BOSS selalulah berangan nak kahwin dengan laki camni:

 

1.Beriman.Ni ustazah selalu pesan dalam ceramah-ceramah kat tv kan.

 

2.Hensem 

 

 Biasalah manusia..selalu mengejar kecantikan yang tidak kekal abadi..dunia...dunia...

3.Kaya

 

Ni memang tak beragak,bukan kaya biasa-biasa tau.Kalau boleh lagi kaya dari abang terlajak laris.Nak yang boleh belikan BOSS sebiji shopping mall, nanti BOSS bolehler amek & makan sesuka hati dalam shopping mall tu.laa..laaa...


4.Anak yatim so nanti raya tak payah berebut nak balik kampung.

Apa punyer jenis impian lah ni.Tak matang lansung..ish..ish..
 

 *Tapi BOSS tau ramai jer yang kuat berangan macam BOSS kan.Tolong jangan nafikan.Kalau tak, takkanlah drama tv3 yang pukul 7 tu rating tinngi jer kan.


 Kalau BOSS ni orang ZIMBABWE yang tengok drama melayu hari-hari,mesti ingat semua lelaki kat Malaysia ni hensem,romantik & muda-muda dah jadi BOSS company besar-besar.Kalau orang Zimbabwe tahu realiti sebenar, mesti kecewa...huu...

Adakah impian ala-ala cerita korea BOSS menjadi kenyataan???Jeng..jeng..