3 perkara yang merisaukan orang Korea

1.RISAU NANTI dah tak ada orang KOREA kat muka bumi ini.


Antara masalah terbesar KOREA sekarang adalah orang KOREA tak nak beranak.Diorang cakap tak nak anak ramai sebab kos hidup sangatler tinggi.Sumenyer mahal.Diharapkan lepas GST kat Malaysia nanti, rakyat Malaysia masih menghasilkan anak yang ramai.Nanti pupus pulak rakyat Malaysia ni.huu..


Masa dulu-dulu, orang Korea punya anak memang ramai-ramai,Sampaikan diorang terpaksa buat kempen “Even two children per family is too many for our crowded country.”

Disebabkan kempen dulu terlampau berkesan, orang Korea dah tak nak beranak dah kot.Kalau terus macam ni, anggaran masa tahun 2750, orang Korea dah tak wujud dah.Maneler tak cuak,sebab tu sekarang diorang tengah sibuk pulak berkempen suruh beranak banyak-banyak.

 

2.RISAU NANTI doktor perubatan dah takde.


Kat Korea ni kan popular dengan plastic surgery.Kalau gi sana, memang boleh nampakler bersepah-sepah klinik plastic surgery.


Ada satu kawasan kat KOREA, nama dia GANGNAM, kat situ jer dah ada dalam 500 KLINIK PLASTIK SURGERY.Cuba bayang kalau kat Malaysia, kat BANGI tu jer dah ada 500 KLINIK PLASTIK SURGERY.Nak cari kedai makan pun susah nanti.huu..

 Kalau nak kahwin dengan orang kaya, jangan cari artis KPOP ni tau, diorang tak cukup kaya.Banyak habis duit nak bedah muka bagi kat doktor.


Cari doktor-doktor plastic surgery ni.Diorang confirm-confirm ler KAYA BIN RAYA kan. 

Sebab tu ler sekarang ni, orang Korea kat sana kurang minat nak jadi doktor perubatan. Diorang lagi minat nak jadi doktor plastic surgery.KAYA..KAYA...


3.RISAU NANTI artis KPOP terlampau ramai.


Lecturer Korea BOSS pernah cakap, dulu-dulu kalau cikgu tanya budak kat tadika berapa ramai yang nak jadi ENGINEER @ AHLI SAINS??

Kalau dalam kelas tu ada 10 orang, 8 orang akan angkat tangan.


Sebab tuler, sekarang KOREA  memang hebat dengan TEKNOLOGI dia.Kat company-company KOREA yang hebat-hebat tu, sume orang-orang yang angkat tangan masa kecik tuler yang tengah kerje kat situ sekarang.

Tapi sekarang, kalau cikgu tanya berapa ramai yang nak jadi ARTIS??


Dalam 10 orang, 8 orang akan angkat tangan. So boleh bayang lah berapa ramai yang akan jadi ARTIS KPOP bila besar nantikan..huu..:(

Top 3 respon orang Korea bila jumpa perempuan melayu

1.Awak orang India ke??


Masa kat Korea dulu, kalau jalan-jalan jumpa orang Korea yang jenis banyak cakap tu, niler ayat awal-awal yang diorang akan tanya:

"인도 사람???"

"Indo saram??"

"Orang India ke??"

Kalau kat Korea, kitorang bolehler felling-felling hindustan kejap.

Tapi BOSS rasa diorang ingat kitorang ni orang India bukanler sebab warna kulit yang hitam-hitam manis macam BOSS ni. Sebab kawan BOSS yang memang putih seputihnya macam baru pakai QU PUTEH 10 botol pun diorang akan tanya benda sama.

2.Tak ada rambut ke??

 

Soalan ni budak kecik yang paling selalu tanya:

"머리가 없어??"

"Moriga obso??"

"Tak ada rambut ke??"

 

Tapi soalan ni tak adaler dia tanya depan-depan muka BOSS, cuma diorang akan tanya sesama sendiri sebab bagi orang Korea memang pelik bila tengok orang pakai tudung.

 Budak-budak kecik Korea selalu tanya kat mak diorang yang kitorang ni sakit ke??baru lepas operate kepala ke??Dan macam-macam bayangan aneh-aneh yang BOSS pernah dengar.

 Inilah bayangan orang Korea di sebalik perempuan yang pakai tudung.

3.Cantiknyer!!!!


Haa!!Haa!!!ni ayat yang paling BOSS suka dengar bila kat Korea:

"예쁘다!!"

"Yeapeda!!"

"Cantiknyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "


Inilah realiti yang BOSS tempuh selama 5 tahun kat sana. Tak terkira dah betapa ramai yang memuji kecantikan BOSS & sume kawan-kawan BOSS. 

Dan BOSS pun tak tau apa motif diorang puji kitorang cantik, padahal "CANTIKLER SANGAT".(*sila baca sambil letakkan tangan di bahu, mata pandang ke atas.)


Memang 5 tahun kat sana, BOSS terasa macam Norjuma,macam Wardina, macam Irma Hasmie gitu.Tapi RASA jeler...

Yang tak tahan tu sempat pulak berangan dapat laki hensem macam suami Irma Hasmie.Yeler, kan dah RASA macam Irma Hasmie kan,mana taknyer asyik-asyik kena puji ngan orang Korea.Yang baca ni mesti rasa menyampah sampai nak rendam kepala BOSS kat dalam minyak panas kan??
 

Jangan risau, sekarang BOSS dah kembali ke dunia nyata dah, bila balik Malaysia memang TAK ler orang nak cakap BOSS cantik.

 
 
BOSS ugut adik BOSS tak bagi tengok cerita BOBOI BOY baru dia cakap BOSS ni CANTIK dengan sangat ler tak ikhlas..huu...






Cara memohon biasiswa ke KOREA untuk lepasan SPM

3 Mac ni BOSS dengar result SPM dah nak keluar dah..WOWWW!!!!kompem cuak punyeler yang nak dapat result SPM tahun ni..HAAA!!!!HAA!!!RASAKAN!!!! BOSS dah rasa dah perasaan tu dulu..sekarang turn korang pulak..HAAA!!!HAA!!..:)

 

Ni BOSS nak share sikit kat adik-adik yang teringin nak belajar kat Korea, cara-cara nak apply scholarship untuk belajar kat sana. Ni BOSS tunjuk cara-cara nak apply scholarship JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam) ye.

*Tajaan JPA hanyalah dalam bidang KEJURUTERAAN je yer, kalau bidang nyanyian ke, lakonan ke, kena taja diri sendirler yer adik-adik..:)

 

Cara-caranya adalah:

 

1. 3 Mac 2015 tu bangun-bangun tidur pergiler amek result SPM kat sekolah. Kalau cuak sangat & malas, bolehler mintak mak ayah amekkan.

Macam BOSS, sebab cuak sangat, takut nak hadapi kenyataan hidup yang memeritkan, ayah BOSS yang gi amekkan.huu...

 

2. 4 Mac 2015, bukak komputer yang ada internet, pergiler kat laman web JPA ni.



Tarikh tutup permohonan dia sampai 10 Mac 2015 je yer, tak payah fikir sampai tumbuh janggut, isi jer permohonan tu.


3.Lepas dah buka website tu, jangan tunggu komputer tu daftarkan, baca syarat-syarat dia, pastu kalau cukup syarat, silaler daftar.

 Senang jer daftar permohonan tu, lagi senang dari tupai ni makan kacang, isi jer apa yang dia suruh isi.

4.Nanti ada satu tarikh tu dia akan bagitau yang permohonan kita ni lulus ke tak.


5.Kalau lulus, nanti kita kenaler pergi interview pulak..Time interview ni, jangan nak takut sangat, COOL jer.

 Insyaallah kalau ada rezeki, kita cakap macam MR.BEAN pun boleh lulus.
Kalau dah tak ada rezeki,  cakap sampai keluar api pun kalau bukan rezeki kita, nak wat camne kan.Mungkin ada rezeki yang lagi baik, sape tau??

Kiranyer BOSS nak cakap, yang interview ni bukanlah 100% yang menentukan kelayakan kita.Banyak lagi aspek dia akan tengok.So, buat jer yang terbaik!!!



6.Akhir sekali, kalau kita ni layak dapat scholarship tu..JENG!!JENG!!

 


Abang posmen akan datang ke rumah kita untuk  bagi SAMPUL SURAT BESAR, depan tu siap ada tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA gitu..kelas kau jah...

7.Kat situ macam-macam ler borang kena isi, kalau rasa sambung study kat Korea tu yang terbaik untuk kita, silalah isi borang-borang tu. 

 

Yang kat atas ni, BOSS tulis dari pengalaman BOSS dulu.Yang BOSS tau sekarang ni untuk study kat Korea selain JPA, ada scholarship MARA, MINDEF (Ministry of Defence) & KOREAN GOVERNMENT


Kalau yang rasa-rasa duit mak ayah lebih kurang sama banyak dengan duit abang TONY tu, boleh jer apply scholarship PA & MA..:)

Untuk yang bercita-cita nak study kat oversea, selain KOREA, BANYAK SANGAT SANGAT SANGAT scholarship yang korang boleh apply selain JPA & MARA.Ada scholarship PETRONAS, MAYBANK, TELEKOM, KHAZANAH,SIME DARBY, BANK NEGARA & macam-macam lagiler.Boleh tanya jer kat pakcik GOOGLE.Tak pun, kat surat khabar nanti memang berlambak-lambak iklan pasal scholarship ni. Apply jer, dapat tak dapat tu belakang kira.


Boleh rujuk macam-macam scholarship kat blog ni juga..macam-macam ada..:)


*TIPS PENTING:Jangan pernah rasa anda ni kecik jer & tak layak untuk sambung belajar kat oversea.Sebenarnya yang study kat oversea ni pun bukannyer hebat sangat pun, biasa jer, kentut sume pun sama busuk jer..