4 fakta menarik mengenai perempuan Korea

1.Mampu MEKAP SEMEKAPNYA dengan sangat YAKIN dalam train Subway.

 Ni memang BOSS rasa nak tabik spring dengan keyakinan diorang.


Bayangkan lah, tempak duduk dalam train kat Korea cam dalam gambar ni.So, kita akan bertentangan mata gitu dengan orang depan kita.


Jadi orang kat depan-depan kita ni kompem-kompem lah nampak apa yang kita buat.Kalau nak korek hidung dalam tu pon memang malu.Tapi, perempuan korea ni, sangatlah berani make up habis-habisan dalam train ni.Rilek jer orang tengok.Ni bukan calit-calit bedak sikit-sikit tau.Ni yang siap pasang bulu mata palsu sekali kat situ.




Ni memang situasi biasa dah kalau kat dalam train Korea.Tapi yang ni kira ok lagi ler, tahap baby-baby baru nak lahir lagi ni.


Yang BOSS pernah jumpa, lagi dasyat.Kalau nak tengok sendiri kedasyatannya, nanti pergi Korea, sila try naik train ye..:)


2.Mampu berjalan, berlari, melompat dengan high heels.


Perempuan Korea ni memang suka fashion-fashion ni. So high heels ni memang tak dapat dipisahkan dari diorang.


Lepastu, kat Korea ni orang dia memang sume benda nak kena cepat. Jadi kalau tengok orang Korea berlari-lari tu memang biasa. Yang BOSS kagum tu, perempuan Korea boleh jer rilek lari-lari & melompat kat tangga walaupun pakai high heels yang tinggi-tinggi & halus-halus tu. Lagi kagum tu, tak patah pulak tu high heels diorang.

BOSS rasa kalau dalam Olimpik ada pertandingan lumba lari & lompat tinggi pakai high heels, perempuan Korea kompem bolot sume emas.

3.Suka buat-buat comel

Orang laki memang sukalah ni. Perempuan Korea ni memang suka sangat buat-buat comel nak nak kalau dekat pakwe2 diorang. 


Kalau akal korang tak tercapai nak bayang camne buat-buat comel tu, sila rujuk video ni.

BOSS punyer telinga memang serius nak bernanah bila dengar diorang buat-buat comel camtu. 






BOSS ni dahlah perempuan macho, pastu bila tengok diorang buat-buat comel cam dalam gambar atas ni, memang rasa nak hempas jer peti sejuk.


4. Suka laki MAT SALLEH

Orang Korea ni memang sangat sangat  pandang tinggi kat negara orang putih & pandang rendah kat negara-negara asia cam Malaysia ni.So, perempuan Korea ni memang sukalah sangat sangat sangat sangat dekat laki MAT SALLEH. Diorang sangat bangga bila ada pakwe MAT SALLEH ni, tak kisahlah MAT SALLEH ni muka macam pembaris ke, macam mangkuk ke, yang penting MAT SALLEH..


Kalau korang ni muka macam suami CHE TA, memang ada can lah nak ngorat perempuan Korea.

 Tapi kalau jenis-jenis, yang TALL, DARK & HANDSOME macam KJ tu potensi perempuan Korea nak jatuh cinta kat korang sangatlah tipis walaupun korang handsome sebab korang still muka MELAYU.


5 manusia popular yang pernah belajar kat KOREA

NO 1

FARAH LEE


Comey lote kan FARAH LEE ni.Tapi dia selalu cakap BOSS ni lagi comey ler dari dia.BOSS pun iyakan aje..:) *Fara, tolong jangan penyek kite lepas baca kenyataan tu..


Soalan yang paling selalu orang akan tanya bila tau BOSS pernah belajar kat Korea adalah: 

"Kenal tak FARAH LEE, isteri Ally Iskandar?? Dia pun belajar kat Korea kan??"

Pastu nanti BOSS dengan muka berlagak pun cakaplah, kenal sangat..Bau kentut dia pon BOSS dah boleh cam dari jauh.

Ni gambar masa BOSS & kawan2 gi jalan2 kat India.Si Farah Lee tu pon ada sekali.Menyampah pulak BOSS tengok gambar ni.Farah Lee ler ni yang suruh posing camni, konon2 comel lah amik gambar camtu.buweekkk....



BOSS dengan dia ni GENG tau masa belajar kat Korea dulu. Sebelum wartawan tau yang Ally Iskandar tu nak kawin dengan dia, BOSS dah tau dah.Nasib baik BOSS bukan wartawan, kalau tak memang BOSS dah kecohkan dah awal-awal...haa!!!haa!!!padan muka dia...


Sekarang ni dia duduk sibuk dengan bisnes butik FARAH ISKANDAR yang memang MELETOP tu & sangat hepi bermain-main dengan dengan anak dia yang very very very very the COMEL...:)


NO 2

REEN HUSNAL


Kalau yang ada astro kat rumah, mesti selalu nampak muka REEN HUSNAL ni.Dia sekarang dah jadi pengacara kat ASTRO, class kau jah..Very very very the CANTIK orangnyer.


Ari tu dia siap ada gi interview PRESIDEN KOREA lagi.Amek ko, siap selfie sekali.POWER!!!POWER!! BOSS ni dengan tukang kebun PRESIDEN KOREA pun belum tentu lagi dapat selfie..


Dulu, dia belajar kat Korea sekali dengan BOSS. BOSS memang kagumlah dengan dia ni, sangat berkarisma & cara dia fikir tu memang sangat matang.Sebab tulah kot dia boleh success sampai tahap ni..:) 


NO 3

MUHAMMAD SAMSUDIAN

Dia ni popular masa kat KOREA dulu.Masuk TV KOREA kau jah.Class gitu..

Kat KOREA ni, adalah satu program TV nama STARKING.Program ni memang sangat popular kat KOREA, boleh kata sume orang KOREA tau.



Pastu tiba-tiba dia ni masuk pulak pertandingan nyanyi kat program ni pastu dapat NO 1 pulak kan.Terkezuuttt chimpanzee masa BOSS tengok dia nyanyi dalam program tu.



Boleh tengok dia nyanyi dalam video ni.

*Tapi kalau yang lagi power, ada kat link bawah ni:

Nyanyian yang lagi power & kena puji KAW KAW dengan artis Korea


Dia ni sebenarnya junior BOSS dari sekolah menengah lagi.Kat SAINS JOHOR dulu.Atas ni gambar BOSS & alumni SAINS JOHOR yang belajar kat Korea termasuklah dia.Ceh, HIDUP SAINS JOHOR!!!!

Memang masa kat sekolah lagi asal buat persembahan jer mesti muka dia ni yang kena nyanyi.BOSS memang panggil di ANUAR ZAIN masa kat sekolah dulu sebab tak tau nama dia masa tu.hee..

Sekarang ni dia dah jadi engineer kat company besar,tapi nyanyi tu dia memang tak boleh tinggal.Ada jer dia upload kat YOUTUBE dia.


NO 4

HALIAN AZURIN

OK, nama dia ni unik sikit & itu nama lelaki yer.


Dia ni dah jadi tokey besar tour guide kat KOREA.Dulu masa awal-awal gi Korea kurus jer.Tapi kebesaran badan dia berkadar terus dengan kebesaran bisnes dia.So sekarang korang boleh agaklah betapa besar nyer bisnes dia.Haa!!!haa!! *ian, jangan marah ok, kite kan geng.hee...


Tengah berlakon konon-konon sibuk sain buku baru dialer tu..


Sebab terlampau hebat sangat asyik bawak orang tour kat KOREA, sekarang dah siap ada buku lagi "I'M A BACKPACKER KOREA".BEST SELLER lagi tu buku dia ni.


SEOUL RED CAT nilah dia punyer company.

Sape2 nak pergi jalan kat Korea, boleh contac SEOUL RED CAT ni.Dia ni kira ABANG LONG KOREA lah.Pejam mata pun dia boleh bawak korang jalan kat sana.


NO 5

ZULAIHAH KARIM

Dia ni junior BOSS masa belajar kat Korea dulu.


Dia ni memang lawak, dia tak buat lawak duduk saja-saja pun BOSS boleh gelak. Ingat lagi masa awal-awal dia sampai Korea, dia tumpang bilik BOSS masa orentasi. Dia punyer pekat tu loghat utara, BOSS sampai tak faham dia cakap apa.Yelah, BOSS faham bahasa KELATE  jer.Last2 BOSS kerja gelak jeler bila dia cakap.



Hebat junior BOSS ni, sekarang siap dah ada 2 buku dah dia tulis."BEST FRIEND FOREVER" & "OPAH GANGNAM STYLE".


 Bangga BOSS dengan dia ni, sangat hebat dengan kerja dakwah dia.Buku-buku yang dia tulis ni banyak cerita pasal macam mana dia makin kenal Islam bila ada kat negara K-POP ni.

Kalau BOSS gi kedai buku, rasa bangga jer lalu kat rak buku tu pastu ada buku yang kawan BOSS tulis.Rasa nak jerit bagi tau kat satu kedai tu yang buku tu kawan BOSS yang tulis.Tapi sebab BOSS ni seorang yang pemalu & ayu, BOSS tak buat kerja tak bertamadun camtu.

3 benda yang orang Korea pelik dengan Malaysia

1.Pelik kenapa roundabout sangat banyak kat Malaysia.


Sebelum BOSS pergi Korea dulu, kitorang kena buat persediaan belajar Bahasa Korea 9 bulan dekat INTEC, UITM Shah Alam.Kalau yang tak pernah pergi Shah Alam tu, meh sini BOSS citer.

Kat Shah Alam tu, memang sangat-sangat lah banyaknyer roundabout.

Cikgu-cikgu Korea BOSS ni memang sangatler STRESS setiap kali lalu roundabout kat Shah Alam tu sebab diorang memang TERAMAT TAK PANDAI nak bawak kereta kalau sampai part roundabout tu.


 BOSS rasa macam nilah kot reaksi diorang setiap kali jumpa roundabout tu.

 

Kalau kat Korea memang susah sangat-sangat nak jumpa roundabout.


 Cikgu Korea BOSS cakap setiap kali lalu roundabout tu, kalau ada 4 orang dalam tu, yang duduk belakang ,kanan,kiri sume akan keluarkan tangan untuk bagi signal nak lalu.Punyeler berusaha nak lepas roundabout tu.huu...

2.Pelik dengan orang yang pakai jacket terbalik bila bawa motor.



Sebab BOSS tak pernah bawa motor, jadi BOSS tak dapat menyelami hati-hati mereka yang pakai camni.Mungkin rasa lebih macho & gembira kot bila pakai camtu.Takpelah, yang penting BAHAGIA..Tu yang unik dengan Malaysia ni.ONLY IN MALAYSIA..:)

 

Tapi BOSS rasa bukan orang Korea jer, orang dari planet lain pun pelik dengan benda ni."Kenapa orang kat PLENET BUMI kat Malaysi ni pakai jacket sarung kat depan???WHY???WHY??" kata Alien & kawan-kawannya dengan terpinga-pinga.

3.Pelik dengan Malaysia yang sangat bewarna-warni.


Bagi orang Korea, kereta kat sini sangat WARNA-WARNI.Kat atas jalan tu, macam-macam warna ada.Warna macam warna pelangi dah.


 Tapi kalau kat Korea, majoriti warna kereta diorang putih, hitam, silver.Tu jer..

Lagi satu bab baju.Kan kat Malaysia ni, orang perempuan kalau pergi kerja, selalunyer pakai baju kurunglerkan. Pastu dah namanya perempuan, bajunyer mestiler banyak pastu semua warna wajib adalah kan.


Tak tengok lagi tudung, kalau boleh muat sume warna, sume warna tu nak masuk dalam satu tudung.Mana tak warna-warni.Tu yang best tu ceria jer...

Nanti sapa-sapa pergi Korea, kalau jumpa orang Korea yang normal pakai warna-warni camni, BOSS beranilah jilat ibu jari kaki sendiri..haa!!haa!!


4 cikgu Bahasa Korea yang AWESOME

선생님(songsengnim)=CIKGU

4 SONSENGNIM nilah yang paling awal ajar BOSS & kawan-kawan.Cikgu-cikgu nilah yang ajar kitorang Bahasa Korea kat Malaysia dulu sebelum pergi Korea.Kira FIRST LOVE BOSS ler ni..:)

1.LEE SUN MI sonsengnim.


BOSS blurkan muka BOSS ni sebab malu tudung senget..Cantikkan 'sonsengnim' BOSS ni.Senyum jer sokmo..:)

Sonsengnim ni memang baik & sporting sangat.Asyik senyum jer.BOSS & kawan-kawan BOSS paling rapat dengat sonsengnim ni..Yang BOSS tak boleh lupa, dia pernah denda BOSS nyanyi depan kelas.

BOSS ni dahler TRAUMA kalau orang suruh nyanyi, sebab dulu pernah BOSS nyanyi depan kawan BOSS, dia boleh tanya, BOSS ni cakap ke nyanyi...SENTAP!!SENTAP!!


Last-last BOSS pun nyanyi ler lagu ASPALELA yang Saiful Apek nyanyi tu.Yang tak tahan tu, BOSS tak hafal pun lirik dia..Apa lagi, BOSS pun sebut jer lela..lela..lela..sampai ke habis.Lama tu, 2,3 minit gitu duduk lela..lela..lela..jer.

Lepas peristiwa MALANG tu, memang BOSS kena 'BAHAN' je ler kat kelas..sabo jeler..


2.LEE HEEJIN sonsengnim

BOSS blurkan muka sebab BOSS tutup mata dalam gambar ni, so gambar BOSS tak cantik..Tapi sonsengnim ni memang comel.

Sonsengnim ni bila senyum mesti tak nampak mata, tu yang comel tu.Budak-budak laki ramai ler yang asyik cakap sonsengnim ni comel..ish..ish..dah namanyer lelaki, pantang tengok perempuan comel, dengan cikgu pun ada hati juga..sabo jeler..

 

Yang bestnyer, masa sonsengnim ni kahwin,BOSS pergi kenduri kahwin dia.

 

Jakun BOSS masa tu, first time gi kenduri orang Korea.Yang tak tahan tu, tetamu yang datang kat kenduri tu lagi jakun tengok kitorang.Mana tak nyer, kitorang gi sana pakai baju kurung.Memang tetamu kat kenduri tengok kitorang jerler.

 

Rasa macam artis pulak masa kat kenduri tu...
Cuba bayang ada orang Korea pergi kenduri kahwin kat Malaysia, pakai macam baju ni.Rasa-rasa siapa lagi  POPULAR??Pengantin ke orang Korea tu??

3.SANG sonsengnim


Machokan sonsengnim BOSS ni.BOSS blurkan gambar BOSS sebab takut isteri dia jeles pulak nanti.

Paling BOSS ingat, sonsengnim ni punyer semangat nak ajar kitorang sebut HURUF-HURUF KOREA, mulut dia sampai senget benget dah.









AAAA....UUUUU...OOOO..Sonsengnim ni memang akan suruh kitorang sebut huruf-huruf tu sampai senget mulut-mulut cam dalam gambar ni.BOSS yang control ayu ni pon, dah hilang keayuan dah time tu..huu..:(


4.KIM IN KYU sonsengnim.


Kawan-kawan BOSS ramai yang cakap muka sonsengnim ni macam sorang pelakon KOREA ni.So untuk mengelakkan gosip-gosip liar, BOSS terpaksa blurkan  muka sendiri..

Ramai cakap muka sonsengnim ni macam pelakon ni.BOSS tengok adalah sikit, nak-nak bila dia simpan misai dia tu..
Tapi sonsengnim ni cuma berani simpan misai kat Malaysia je.Kalau balik Korea, memang dia buang, sebab kalau kat Korea agak pelik untuk orang Korea bermisai.Sume jambu jer kat sana..huu..


Sonsengnim ni paling LEGEND & SEMPOI.Nampak jer muka macam skema, tapi memang lawak.Masa zaman BOSS belajar dengan dia, memang semua student Malaysia yang pernah belajar kat KOREA dia kenal.Dia ingat satu-satu.

 

Pastu sonsengnim ni paling banyak tahu perkataan Melayu.Tapi kadang-kadang perkataan yang budak-budak ni ajar kat dia banyak yang mengarut-ngarut.

 
Tapi dia memang suka sangat sangat sangat sangat sebut SEMPOI..sikit-sikit SEMPOI.Tak tauler dia faham ke tak maksud SEMPOI tu.huu..