RAHSIA Boss dapat belajar kat Korea

 Boss nak bagitau satu RAHSIA yang sebenarnya Boss dapat belajar jauh-jauh gi Korea ni semuanya sebab mak & ayah Boss guna "kabel".

 (*AMARAN KERAS!!! Sila jangan fikir negatif, baca dulu sampai habis)

 Dulu Boss ingatkan Boss ni HEBATLER SANGAT, PANDAILER SANGAT, GENIUSLER SANGAT dapat gi belajar oversea. Padahal, habuk pon takde.

 

Dulu Boss ingat lahir-lahir je Boss punyer IQ dah macam "Pak Cik Elbert Einstein" ni.
Realitinyer, lebih kurang jer macam budak baju kuning ni.Habok pun tak de..huu..

Dipendekkan cerita, mak & ayah Boss ni pensyarah.BUSY..BUSY..Mak & ayah Boss ni memang tak sempat nak cek keje sekolah ke, mengajar kitorang kat rumah ke.Anak ramai pulak tu.

Ni ler keluarga Boss masa zaman muda dulu.Selalu kalau citer kat kawan Korea yang adik beradik 8 orang, nak terkeluar biji mata diorang dengar, terkejut ramai sangat.

Kerja mak ayah Boss ni of courseler mengajar orang. Pastu yang Boss tak faham tu, suka pulak tu nak aktif-aktif dengan PIBG kat sekolah anak-anak.Kenapalah mak ayah Boss ni, sibuk-sibuk habiskan masa, duit & tenaga, duduk sibuk jadi PIBG sekolah, baikler duduk rumah tido ke, lagi best..hee..

 

  Kat dalam sekolah ni,dewan utama dia siap letak nama sempena nama ayah Boss lagi. "DEWAN DR. HASANAN". Punyeler lama jadi PIBG kat sekolah ni, sampai dewan pun letak nama ayah Boss.

Tapi sekarang baru Boss nampak kesannya, sebab mak & ayah Boss banyak tolong anak orang jadi pandai, Allah pulak tolong kitorang adik beradik jadi pandai.Betullah apa yang Allah janji kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas berganda-ganda kat kita. 

Mak ayah Boss takdeler banyak duit sangat nak derma banyak-banyak, tapi mak ayah Boss cuma sumbangkan dalam bentuk lain yang termampu untuk contribute kat orang lain.

 

Pertolongan yang Allah bagi tu memang berganda-ganda sangat.Mak & ayah Boss tak yah keluar duit SATU SEN pun untuk kitorang adik beradik belajar jauh-jauh.Allah tak balas bedebuk bagi duit kat mak ayah Boss, tapi Allah balas dengan cara lain kat kebaikan yang mak  & ayah Boss buat.

 

Hensem & cantik kan ayah & mak Boss..hee..

Setakat ni, adik beradik Boss lepas SPM jer mesti akan dapat tawaran belajar oversea. Kitorang takdeler pandai sangat, lagi-lagi Boss ni, memeng entah apa-apa.Sumenyer hampeh jer...Tapi tulah, kitorang usaha sikit jer, Allah bagi banyak.Allah permudahkan jer.Kalau nak harapkan usaha Boss yang ciput ni, Boss memang tak kan gi mana, tapi sebab mak ayah Boss guna KABEL paling besar dalam dunia iaitu ALLAH, Boss dapat peluang belajar jauh-jauh sampai Korea. 


Tak payah curi kertas periksa ke, guna "kabel"  YB ke, menteri ke, direct jer "kabel" yang paling besar. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong.

Sebab tulah selama ni Boss tengok, kawan-kawan Boss yang anak cikgu kebanyakannya mesti pandai. Asal no1 jer anak cikgu. Asal anak cikgu jer no 1. Rupa-rupanyer sebab cikgu-cikgu ni kejenyer ari-ari tolong orang jadi pandai, jadi Allah jadikan anak cikgu-cikgu ni pandai-pandai.Boss pun nak jadi cikguler jugak, tapi cikgu buat KIMBAP ler..:)

 

"The more you give, the more you get back.."



JANGAN TERKEJUT dengan 4 benda ni bila dekat Korea:

1.JANGAN TERKEJUT dengan kekuatan makcik-makcik Korea (ajumma)  berebut tempat duduk kat dalam train subway. 


Makcik-makcik Korea atau  dalam bahasa korea "ajumma" ni tiba-tiba akan jadi sangat kuat bila nak berebut tempat kat dalam train subway.Bila nampak jer, tempat kosong, dah tak tengok dah kiri-kanan, memang rempuh jer. HEBAT!!HEBAT!!! Orang laki kuat-kuat yang ada six pack macam pelakon korea dalam tv tu pon memang kalah ler ngan makcik-makcik kat sana, tak boleh nak lawan punyer bila kena rempuh ngan makcik-makcik Korea (ajumma) ni.Boss banyak kali tu kena rempuh, memang SAKITT..huuu..

"Dengan kuasa ajumma akan menghukummu!!!"(sila baca dengan gaya sailor moon)

KIM JONG KOOK dalam RUNNG MAN yang kuat tu pun kalah punyeler dengan kekuatan makcik-makcik korea ni...


2.JANGAN TERKEJUT  bila tengah jalan-jalan jer, orang Korea depan kita tiba-tiba jer meludah.

 

Yang ni Boss memang tak faham.Kat Korea ni, majoriti orang lelaki kat sana memang sangat kuat meludah. Jalan sikit meludah. Kat korea ni, tempat diorang bersih jer, jarang nak jumpa sampah merata-rata, tapi yang tak bestnyer, tepi-tepi jalan jadi kotor pulak dengan ludah orang.

Tak tauler kenapa laki korea ni suka sangat meludah, banyak sangat kot air diorang minum, tu yang sampai tak muat nak isi dalam perut, jadi penyelesaiaanya ludah jer kot..hee..

 

 Kat atas jalan kat Korea memang banyak lah kesan ludah camni..huu...

 

3.JANGAN TERKEJUT masa musim sejuk yang teramat-amat sejuk,ada perempuan Korea pakai skirt pendek.

 

Ni memang WOWW!! Kalau musim sejuk kat Korea, pada Boss memang SEJUK SANGAT-SANGAT.Suhu kadang-kadang boleh bawah -20C..Kalau ada angin sume, lagiler beku. Orang punyerler pakai tebal-tebal.Tapi ada jer perempuan korea nak-nak yang suka melawa, bahagian atas punyerler berlapis-lapis baju & mafla, tapi kat bawah  boleh pulak pakai skirt pendek dengan legging jer.SEJUKKKK tu!!!!Kitorang pakai jugak legging kat dalam, pastu kat luar tu pakai lagi seluar jean tebal-tebal.tu pun sejuk lagi.Tapi ada yang cakap diorang pakai skirt masa musim sejuk ni untuk kecikkan kaki. Tapi Boss pun tak tauler kebenarannya.

 Beku pun bekuler, yang penting cantik..:)

 

4.JANGAN TERKEJUT & sedih bila tengah jalan kaki sedap-sedap, orang Korea langgar & buat tak tahu jer.(*bukan langgar guna kereta tau,maksud Boss, masing-masing tengah jalan kaki)

 

Pada Boss, orang Korea ni memang kasar sikit.Pastu diorang ni memang nak CEPAT jer.Bila tengah ramai-ramai orang, diorang akan langgar je kita & terus jer jalan melolong tak minta maaf.Awal-awal sampai Korea memang tak boleh terima kenyataan sebab kalau kat Malaysia, masa jalan-jalan kat pasar ke,pastu terlanggar orang lain, mesti kita akan minta maaf.Sejuk sikit hati.Tapi yang tak bagusnyer, bila dah lama kat sana, Boss pun dah jadi macam orang sana, bila langgar jer diorang buat muka tak bersalah jer.TAK BAGUS...TAK BAGUSS...

Nak cepat ni!!! I tak ada masa nak minta maaf..:(