Saya yang rasa, biar saya yang tentukan...

Nak dipendekkan cerita, lepas Boss habis belajar, confirmlah bila jumpa orang, soalan yang wajib diorang tanya adalah:"Kerja apa sekarang?"....Boleh dikatakan kalau daripada 100 orang,2 orang jer yang bg reaksi positif dengan bisnes yang Boss buat ni. Ramai yang terkejut dan cakap, "Rugilah belajar jauh-jauh,tingi-tinggi pastu buat kuih jer..ish..ish.."..ada juga yang cakap,"Awak ingat senang?Jual cupcake sebiji tu pun susah!!"..Tak kurang juga ada yang memandang rendah dengan kerja yang Boss pilih ni.Sedih tu memang sedih bila ada yang pertikaikan kerja yang Boss pilih ni.  Bukan orang luar je, tapi ayah Boss sendiri pada awalnya pun memang tak bagi Boss pilih kerja ni, sampai nangis-nangis tu nak buat ayah Boss setuju.huu..huu..Tapi Boss faham, apa yang ayah Boss buat tu untuk kebaikan Boss. Tapi sekarang ayah Boss dah sokong dah dengan apa yang Boss buat...hee...hee..


"Bila seseorang tu nak jadi lain daripada anda, kenapa anda halang?Pakailah jalan mana sekalipun asalkan dia ke sana, itu adalah cita-cita yang baik."
*Sila abaikan tajuk video..

Boss pilih untuk buat bisnes kuih korea dan bakery ni sebab Boss memang suka sangat-sangat baking-baking ni dari kecil. Boss dah tak nak hidup macam robot macam masa kat Korea dulu. Hari-hari Boss bangun tidur, pergi kelas dengan tak berperasaan dengar lecture pasal engineering, hafal-hafal nota pastu exam. Benda yang sama Boss buat selam 5 tahun dekat Korea. Tapi Boss tak menyesal lansung belajar engineering dekat Korea, sebab Boss belajar banyak benda kat sana dan dari situlah Boss sedar yang baking ni betul-betul passion Boss.


Sekarang ni Boss sangat,sangat,sangat,sangat happy dengan apa yang Boss buat.Walaupun duit yang Boss dapat sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan gaji ENGINEER, tapi pada Boss, HAPPY yang Boss dapat sekarang lagi mahal dari gaji Bill Gates..ceh..over pulak..


Saya seorang BOSS..:)

Assalamualaikum...ni first time ni Boss Bakers Oben nak tulis blog.Walaupun memang tak pandai tulis best-best, tapi nak tulis jugak.Tak kisahlah orang nak cakap syok sendiri pun tak pe,yang penting Boss happy...

Mula-mula sekali nak citer Boss ni siapa.Boss adalah owner Bakers Oben yang expert buat kuih korea yang simple-simple dan buat kek yang sedap-sedap.Pastu bercita-cita nak buka Bakers Oben kat seluruh  dunia ni pulak cam KFC ke,Dunkin' Donuts ke.Best nyer bila fikir, sampai rasa nak berjoget-joget pulak..

-"If people aren't laughing at your dreams,your dreams aren't big enough..."

Ok,kita review balik masa lampau Boss.Lepas SPM, Boss sambung belajar kat Korea dari awal 2008 hingga awal 2013.Lebih-lebih kurang 5 tahun camtu.Sebab-sebab Boss pilih Korea:

1.Boss masa muda-muda dulu suka sangat tengok cerita Korea,kononyer kalau belajar kat     Korea boleh ler jumpa pelakon Korea yang handsome-handsome.

2.Nak pergi tempat yang ada salji,sebab jakun tak pernah tengok salji.

3.Tak confident nak cakap orang putih,so pilih negara yang tak guna bahasa orang putih..haa!!haa!!

4.Kakak Boss yang dulu belajar kat Jepun suruh pilih Korea sebab dia cakap Korea ni best.

 

 Kerana sebab-sebab di ataslah Boss akhirya sampai di Korea.Life kat Korea ni memang sangat-sangat best walaupun kadang-kadang ada jugak benda yang tak best,tapi bende yang best tu sangat- sangat banyak,jadi benda yang tak best tu dah tak ingat dah.

 

Boss belajar Electrical Engineering dekat Korea.WHAT???Memang sangat-sangat berbeza apa yang Boss buat sekarang dengan apa yang Boss belajarkan.Patunyer jadi engineer ke,kerja kat mana-mana company Korea yang besar-besar ke,logik ler sikit,ni jadi TUKANG BUAT KUIH..ish..ish..Sebab benda-benda ni lah Boss mengalami macam-macam konflik yang mencengkam jiwa dan raga Boss..huu..huu...Pasal Konfik ni,nanti Boss sambung balik yer..:)

Atas ni gambar Boss dengan satu-satunya kawan perempuan Boss dari Malaysia yang grad dalam major Electronic and Electrical Engineering di Sungkyunkwan University, Korea.Jubah grad universiti ni sangat-sangatlah unik, dah macam pendekar Korea pun ada..hee..hee...